STRATEGI ASAS
Misi
Yazid Burger Bakar menjalankan perniagaan makanan iaitu
Burger Bakar , lebih dikenali dengan Burger YB yang bermaksud ‘Yang Besar’.
Skop produk/pasaran
Perniagaan ini khusus menjual burger yang mempunyai 3 pilihan saiz patti daging iaitu 1 kg, 500gm atau 250gm. Kini
skop perniagaan diperluaskan bukan sahaja penjualan di kedai tetapi dengan
pelbagai cara penjualan iaitu penghantar ke rumah dan tempahan untuk kenduri
atau jamuan.
Perbezaan asas
Perbezaan utama dengan Yazid Burger Bakar adalah saiz burger
yang ditawarkan berlainan dengan yang terdapat di pasaran selain itu menu
burger yang pelbagai perisa lagi kreatif yang menarik minat pelanggan serta kepelbagaian
cara jualan.
SUMBER STRATEGIK
Aset Strategik
‘’Lokasi adalah
penentu untuk sesuatu perniagaan buger itu akan maju atau tidak. Pemilihan
lokasi adalah amat penting dan mestilah berdasarkan laluan yang strategik.
Contohnya di kawasan taman, 7-Eleven, jalan masuk dan lain-lain lagi. Dilarang
untuk memulakan perniagaan buger dikawasan yang lebih dari 5 peniaga buger.
Sebagai contoh di kawasan Bintang, Seksyen 7. Lebih dari 10
peniaga buger yang bertumpu di kawasan ini. kesannya akan dapat dilihat melalui
jualan dan keuntungan” menurut pandangan Yazid, pemilik Yazid Burger Bakar yang
kini beroperasi di Kompleks Perniagaan Anjung 7, Seksyen 7, Shah Alam,
Selangor.
PERKONGSIAN RANGKAIAN
Yazid Burger Bakar telah meluaskan rangkaiannya di sekitar
kawasan Shah Alam, terdapat 2 cawangan setakat ini. Selain itu kepelbagaian
menu , bukan sahaja burger tetapi terdapat pilihan lain bagi pelanggan iaitu
makanan barat seperti chicken chop dan sebagainya.
Pelbagai promosi dilakukan antaranya memberi Burger Percuma
dan mengadakan Pertandingan Makan Burger.
ANTARAMUKA PELANGGAN
Sasaran pelanggan
Sasaran pelanggan kedai ini adalah golongan bekerjaya
mahupun keluarga yang suka makan makanan ringan ataupun makanan barat pada
waktu tengah hari atau malam . Selain itu kedai ini juga mejadi tempat untuk
golongan muda menjalankan perbincangan sehingga lewat malam.
Pencapaian dan sokongan
Kedai ini telah mempunyai satu cawangan baru di Sri Nilam,
Ampang. Kedai ini terkenal dengan penjualan burger berbanding kedai lain
disekitarnya. Selain daripada sambutan yang baik daripada bangsa Melayu, kedai
ini juga turut dikunjungi oleh bangsa lain yang sering makan disitu.
Yazid Burger juga memberi panduan kepada sesiapa yang
berminat mengusahakan perniagaan Burger. Yazid Burger menawarkan perusahan
francais yang terdiri daripada 3 pakej iaitu Kiosk YB(15K), Mobile YB(100K) dan
Outlet YB(250K). Latihan dan peralatan berserta bekalan bahan dalam tempoh masa
tertentu ditawarkan kepada penguasaha yang berminat.
Yazid Burger mendapat sambutan yang memberangsangkan
daripada semua peminat Burger dan kini terdapat satu outlet baru di buka di Lot
2, G-S4, Pusat Perniagaan Anjung 7. Kedai baru kami terletak di belakang
Universiti Selangor ( Unisel ).
Struktur harga
Kedai ini menawarkan harga yang berpatutan seperti dengan
harga makanan di kedai lain.
No comments:
Post a Comment